Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Forum Khazanah Megatrends 2022

Sesi Forum Khazanah Megatrends 2022

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan merakamkan ucapan terima kasih kepada Khazanah Nasional Berhad kerana sudi menjemput beliau untuk menyampaikan ucapan penutup bagi Forum Khazanah Megatrends 2022.

Pertumbuhan negara kekal kukuh, dan Kerajaan yakin dapat mencapai unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 yang ditetapkan pada 5.3 peratus hingga 6.3 peratus.

Pasaran buruh serta pasaran modal juga kekal memberangsangkan. Ingin beliau tekankan, tiada satu pun pencapaian ini berlaku secara kebetulan.

Sejak dua tahun setengah yang lalu, Kerajaan dan #TeamMOF telah memberi tumpuan bukan sahaja untuk Responsif terhadap keperluan jangka pendek rakyat dan perniagaan, tetapi juga untuk menjadi Bertanggungjawab dan Reformis dalam membina daya tahan negara. Be

liau berharap orang ramai akan menonton pembentangan #Bajet2023 pada 7 Oktober bagi mendapatkan kefahaman lebih mendalam mengenai perancangan menyeluruh untuk kesejahteraan #KeluargaMalaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility