YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah meneruskan program Jelajah Bajet 2023 dengan turun padang dan menjalankan tinjauan ekonomi di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.
Beliau amat berpuas hati melihat para peniaga yang mendapat manfaat langsung melalui melalui Skim PEMERKASA dan PENJANA yang disalurkan oleh pihak Kerajaan melalui Bank Simpanan Nasional khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan akibat COVID-19 dan masing-masing masih berjaya bertahan dengan perniagaan mereka.
Yang menariknya adalah para peniaga telah mula menggunakan transaksi pembayaran digital bagi memudahkan urusan jual beli.
Beliau juga berkesempatan mengambil maklum berkenaan beberapa cabaran yang dihadapi serta cadangan-cadangan yang boleh dipertimbangkan dalam kerangka penyediaan Bajet 2023.