Jelajah #Bajet2023 Pulau Pinang dimulakan bersama pihak Think City dan CREST. YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan meluangkan masa bersama usahawan-usahawan yang berjaya membina perniagaan mereka menembusi pasaran global, antaranya Exabytes, EasyParcel dan Skyechip.

Para usahawan tersebut berjaya bertapak di luar negara seperti di Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura. Beliau sangat teruja mendengar kisah kejayaan mereka. Daripada seorang pekerja kepada 200 pekerja dan ada juga yang telah berjaya tersenarai dalam pasaran saham. Ini adalah bukti kukuh bahawa usahawan Malaysia mampu berjaya di persada antarabangsa.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka atas perkongsian mengenai perjalanan perniagaan mereka. Beliau dan #TeamMOF akan meneliti cadangan-cadangan yang dikemukakan agar Kerajaan dapat terus memperkasa dan melonjak usahawan tempatan ke rantau Asia dan ke peringkat global, seterusnya memperkukuh lagi Malaysia sebagai hab syarikat pemula di rantau ini.
