Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Konsultasi #Bajet2022 Bersama NCCIM

Sesi Konsultasi #Bajet2022 Bersama NCCIM

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) secara maya untuk sesi konsultasi #Bajet2022.

Sesi konsultasi bersama dewan-dewan perniagaan atau chambers of commerce adalah amat penting bagi mendapatkan input akar umbi pemain-pemain industri dan seterusnya menambah baik inisiatif Kerajaan dalam usaha memantapkan lagi pemulihan sektor ekonomi. ⠀ ⠀

Sebagai contoh, di bawah #Belanjawan2021, Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk menyokong sektor ekonomi seperti RM150 juta Skim Geran Pendigitalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), RM500 juta Dana Teknologi Tinggi dan pelbagai langkah cukai yang dapat membantu pemain industri untuk berdiri semula.

Beliau harap menerusi input yang diberikan, Kerajaan akan dapat menambah baik dan memperkenalkan inisiatif baharu demi pemulihan serta kelangsungan perniagaan.

Arkib Foto

Logo Accessibility