YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan untuk sesi konsultasi #Bajet2022.
Seperti tahun lepas, Kementerian Kewangan telah mengadakan sesi konsultasi bersama pelbagai pihak bagi memastikan semua suara dan pandangan dapat didengari dan diteliti secara holistik.
Pada #Belanjawan2021, Kerajaan telah memperuntukkan RM500 juta untuk membina sehingga 14,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat dan RM315 juta untuk pembinaan 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB. Selain itu, sebanyak RM310 juta pula diperuntukkan bagi Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia.
Inisiatif-inisiatif seterusnya akan diperhebatkan lagi demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.