YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri bagi membincangkan input mengenai #Bajet2022. ⠀
Dalam Malaysia melalui cabaran COVID-19, kerjasama antara negara, terutamanya negara-negara jiran dan serantau adalah amat penting bagi memastikan kita dapat keluar dari belenggu pandemik ini bersama. ⠀ ⠀
Kerajaan terus komited dalam menyokong dan memperkuatkan hubungan dengan negara-negara luar. Menerusi #Belanjawan2021, Kerajaan telah memperuntukkan RM778 juta kepada Kementerian Luar Negeri antaranya bertujuan mempertahankan kepentingan Malaysia di persada antarabangsa dan mengukuhkan peranan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.