Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Konsultasi #Bajet2023 Bersama Ketua Menteri Pulau Pinang

Sesi Konsultasi #Bajet2023 Bersama Ketua Menteri Pulau Pinang

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan sesi konsultasi #Bajet2023 bersama YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang dan wakil-wakil Kerajaan Negeri.

Matlamat Kementerian Kewangan (MOF) adalah memastikan ‘no stones unturned’ apabila menerima cadangan dan saranan. Semua pihak berhak untuk menyuarakan pendapat dan #TeamMOF akan sentiasa mendengar dan bersedia untuk mempertimbangkannya.

Prinsip sebegini telah diterapkan sejak dari Belanjawan 2021 di mana beliau dan timbalan-timbalan beliau bertemu dengan pelbagai pihak, termasuk pihak Pembangkang bagi memastikan bajet yang dibentang adalah bersifat inklusif.

Beliau amat percaya bahawa walaupun kita datang daripada latar belakang dan pandangan politik yang berbeza, namun apabila berkenaan kesejahteraan rakyat, semua suara harus didengar. Beliau berharap prinsip yang diterapkan MOF ini akan berjaya memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia terus terjamin, seiring dengan pemulihan ekonomi negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility