Select your language
YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan sesi konsultasi Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersama pemimpin parti politik Malaysian Indian Congress (MIC) yang diwakili of YB Datuk Seri M. Saravanan, Timbalan Presiden MIC dan juga Menteri Sumber Manusia.
Perbincangan tersebut berkisar mengenai pandangan dan saranan MIC terhadap PPN dan bagaimana cadangan-cadangan MIC dapat diterapkan secara holistik bagi memanfaatkan rakyat dan perniagaan.
Dengan sifat PPN yang dinamik, cadangan-cadangan yang diterima akan diteliti agar dapat diaplikasikan pada masa yang tepat berdasarkan fakta dan data semasa.