YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah, Menteri Kewangan II telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Mohd Zarif Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corporation.
Kunjungan hormat ini meliputi sesi taklimat mengenai projek Sistem Transit Aliran (RTS) Johor Bahru-Singapura yang dijangka akan beroperasi menjelang Disember 2026.
Dalam usaha untuk memastikan kedudukan kewangan MRT Corporation kekal berdaya maju, syarikat penyelia perkhidmatan pengangkutan awam dalam bandar ini juga akan memajukan pembangunan berorientasikan transit (TOD) di Bukit Chagar, Johor Bahru.

TOD pembangunan bercampur ini akan dibina di atas sebidang tanah berkeluasan 11.2 ekar berdekatan Stesen RTS Bukit Chagar. TOD ini dijangka akan mengoptimalkan ekonomi rentas sempadan Johor Bahru-Singapura yang bakal dirancakkan lagi dengan projek RTS.