Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Kunjungan Hormat Duta Besar UAE

Sesi Kunjungan Hormat Duta Besar UAE

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menerima kunjungan hormat daripada TYT Khalis Ghanim AlGhaith, Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia di Kementerian Kewangan.

Antara yang dibincangkan adalah mengenai lawatan kerja beliau ke UAE sebelum ini, hubungan dua hala ekonomi Malaysia-UAE serta mengenai langkah-langkah bagi memperkuat hubungan kedua-dua buah negara berdepan cabaran ekonomi kini dan akan datang.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada TYT Khalis Ghanim AlGhaith atas kunjungan tersebut. Perbincangan susulan akan dijalankan dalam masa terdekat demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan UAE.

Arkib Foto

Logo Accessibility