Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Kunjungan Hormat Gabenor BNM di MOF

Sesi Kunjungan Hormat Gabenor BNM di MOF

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah, Menteri Kewangan II telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM). Turut hadir dari pihak BNM ialah Encik Fraziali Ismail, Penolong Gabenor dan Puan Nurashiqin Asri, Pengarah Jabatan Gabenor.

Kunjungan hormat ini merupakan perjumpaan pertama YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah dengan pihak pengurusan tertinggi BNM sejak beliau dilantik menjadi Menteri Kewangan II pada 12 Disember 2023.

Sebagai penggubal dan pengendali dasar monetari Malaysia, BNM perlu bekerja sama dengan erat bersama Kementerian Kewangan (MOF) yang bertanggungjawab dalam dasar fiskal bagi menjana pertumbuhan negara serta mengekalkan kestabilan ekonomi.

Beliau berharap hubungan baik MOF dan BNM dapat dikekalkan agar saling memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia dapat mencapai siling yang lebih tinggi seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat. Pada masa yang sama, MOF dan BNM juga akan menggembleng tenaga dan idea untuk memastikan jaringan keselamatan sosial rakyat Malaysia dapat dimantapkan agar tiada lagi rakyat akan tercicir apabila Ekonomi MADANI menjadi realiti.

Arkib Foto

Logo Accessibility