YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah berkesempatan menerima kunjungan hormat oleh Dr. Wempi Saputra, Executive Director of the World Bank Group for the Southeast Asia Voting Group (SEAVG) bersama delegasi iaitu Cik Nur Atiqah Mohd Yassin dan Encik Halim Hafedz Salim.

Antara perkara yang diutarakan adalah pelantikan Encik Ajay Banga sebagai Presiden World Bank yang ke-14 dan pemakluman mengenai perkembangan terkini World Bank Group (WBG) Evolution Roadmap serta WBG Climate Change Action Plan 2020-2025.

Sesi tersebut juga dihadiri oleh Encik Abu Bakar Jambol, Setiausaha Bahagian Antarabangsa dan wakil-wakil bahagian.