Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Kunjungan Hormat Ketua Pengarah JKDM ke MOF

Sesi Kunjungan Hormat Ketua Pengarah JKDM ke MOF

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Haji Zazuli Johan, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang baharu dilantik pada 8 Julai 2022.

Beliau merakamkan sekalung tahniah buat YBhg. Dato’ Zazuli dan turut mengucapkan selamat maju jaya. ⠀

Sebelum ini, YBhg. Dato’ Zazuli pernah bertugas sebagai Penolong Ketua Pengarah Kastam Wilayah Tengah sebelum dinaikkan pangkat ke Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri). ⠀

Beliau berharap di bawah pimpinan YBhg. Dato’ Zazuli, JKDM akan terus berkhidmat untuk #KeluargaMalaysia dengan penuh berwibawa dan integriti, memaksimumkan hasil cukai negara dan memastikan usaha membanteras penyeludupan terus diperkasa.

Arkib Foto

Logo Accessibility