YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar Kelantan, YAB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob di kediaman rasminya di Kota Bharu.
Pelbagai perkara berkaitan pembangunan negeri Kelantan dan #Bajet2022 dapat dibincangkan dalam pertemuan tersebut. Beliau berharap agar kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan sentiasa diperkemaskan bagi memastikan rakyat mendapat manfaatnya.