YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan menerima kunjungan YAB Datuk Onn Hafiz Dato’ Ghazi, Menteri Besar Johor yang baru dilantik pada 15 Mac lalu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Putrajaya.
Dalam sesi tersebut, mereka berkesempatan membincangkan berkenaan pembangunan serta keperluan negeri dan berkongsi pendapat tentang pembangunan belia secara menyeluruh.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan mendoakan YAB Menteri Besar dapat menjalankan amanah mentadbir negeri Johor dengan cemerlang.