Select your language
YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah mengakhiri lawatan beliau ke Sarawak dengan Sesi Kunjungan Mesra dan Walkabout ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sarawak di Bandar Kuching.
Beliau telah meninjau sebahagian Jabatan dan Agensi yang terdapat di UTC Sarawak antaranya Biro Pengaduan Awam, PTPTN, Service Sarawak iaitu inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak sebagai One Stop Centre untuk sebarang transaksi pembayaran dan rundingan seperti pembayaran bil api, elektrik dan cukai pintu dan sebagainya.
Selain itu, beliau juga telah melawat ke Tabung Pembangunan Kemahiran, Pos Malaysia, klinik kesihatan UTC, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak dan Jabatan Pengangkutan Jalan, Sedidik Perdana UTC dan Mama Care.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Alan Poh, Pengurus Besar UTC Sarawak dan semua warga UTC Sarawak di atas taklimat dan pengurusan lawatan.





