Pilih bahasa anda
Kementerian Kewangan telah menerima kunjungan delegasi Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) dan Kerajaan Maghribi sempena OECD Mission on Informality to Malaysia.

Delegasi Magribi tersebut diketuai oleh Encik Tarik El Asri, Pengarah Bahagian Pemulihan Ekonomi, Kementerian Ekonomi dan Kewangan Kerajaan Maghribi serta turut diiringi oleh Dr. Bruno De Menna, Economist/ Policy Analyst di Social Economy and Innovation Unit, OECD. Delegasi MoF pula diketuai oleh Puan Siti Norazlina binti Seni, Timbalan Setiausaha Bahagian Cukai.

Misi ini bertujuan mempelajari pendekatan serta amalan terbaik Malaysia dalam aspek pemformalan ekonomi, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pengukuhan sosio-ekonomi.

Perbincangan turut menyentuh pelbagai isu dasar lain termasuk reformasi percukaian, peluasan perlindungan sosial, layanan percukaian bagi menyokong perlindungan sosial serta penyediaan insentif kewangan kepada rakyat bagi meningkatkan kesejahteraan dan keterangkuman ekonomi.