YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah membuat kunjungan rasmi ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Encik Azaddin Ngah Tasir.

AKPK sejak ditubuhkan pada 2006 sehingga Februari 2023, lebih 1.2 juta individu telah mendapatkan khidmat nasihat AKPK dan daripada jumlah itu, dengan tempoh maksimum 10 tahun penyertaan dalam Program Pengurusan Kredit (PPK), lebih 420,000 individu telah mendaftar ke program ini dan sekitar RM2.5 billion tunggakan telah diselesaikan.

Beliau berharap agar lebih ramai individu dan PMKS mengenali serta memanfaatkan perkhidmatan AKPK dan merujuk kepada agensi Bank Negara Malaysia itu untuk mendapatkan bantuan awal kepada masalah kewangan yang dihadapi atau nasihat kewangan sebelum membuat apa-apa keputusan kewangan yang besar.
![]() |
![]() |