YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi kunjungan rasmi ke atas H.E. Tharman Shanmugaratnam, Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Polisi Sosial sempena lawatan kerja di Singapura.

Semasa kunjungan tersebut, mereka berpeluang untuk berkongsi pandangan mengenai cabaran pandemik COVID-19 terhadap Malaysia dan Singapura, fasa pertama kesalinghubungan antara DuitNow dan PayNow yang dijangka akan dilancarkan pada suku keempat tahun 2022 serta isu-isu penting lain seperti pekerjaan, perlindungan sosial dan pendidikan.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada H. E. Tharman atas kesudian menerima kunjungan rasmi beliau.