Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Kunjungan Rasmi Pengarah Kanan Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat (USNSC) dan Duta Besar Amerika Syarikat

Sesi Kunjungan Rasmi Pengarah Kanan Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat (USNSC) dan Duta Besar Amerika Syarikat

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menerima kunjungan rasmi kenalan lama beliau, Encik Edgard Kagan, Pengarah Kanan, Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat (USNSC) dan TYT Brian McFeeters, Duta Besar Amerika Syarikat.

Kunjungan rasmi tersebut disusuli dengan sesi perbincangan mengenai status terkini ekonomi, kesihatan dan keselamatan kedua-dua negara, serta isu-isu serantau dan bilateral berkenaan usaha-usaha pemulihan ekonomi.

Selain itu, mereka juga berkesempatan berbincang mengenai peluang pelaburan oleh kedua-dua buah negara dalam usaha memantapkan lagi hubungan ekonomi Malaysia-Amerika Syarikat.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada delegasi USNSC dan Kedutaan Amerika Syarikat atas kesudian mengunjungi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Beliau berharap hubungan rapat sebegini akan diteruskan demi kesejahteraan kedua-dua buah negara. ⠀⠀

Arkib Foto

Logo Accessibility