Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Kunjungan Rasmi YB Menteri MOTAC ke MOF

Sesi Kunjungan Rasmi YB Menteri MOTAC ke MOF

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menerima kunjungan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) untuk sesi perbincangan antara kementerian.

Kerjasama antara Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) sentiasa berterusan bagi memastikan industri pelancongan terus terbela. Antara pelaksanaan inisiatif bagi pemain sektor pelancongan ialah RM600 juta bagi Program Subsidi Upah untuk memanfaatkan lebih seramai 26,000 majikan dan seramai 330,000 pekerja dan RM85 juta untuk bantuan khas kepada lebih 20,000 pengusaha pelancongan berdaftar di bawah MOTAC.

Kerjasama antara MOF dan MOTAC akan terus diperhebat bagi memastikan inisiatif dapat dilaksanakan dengan lebih berimpak tinggi demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility