Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Lawatan Akademik Ke MOF

Sesi Lawatan Akademik Ke MOF

Kementerian Kewangan Malaysia telah menerima lawatan akademik dari pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak.

Lawatan telah diketuai oleh YBrs. Dr. Abang Feizal Abang Ibrahim selaku pensyarah pengiring merangkap penasihat program dan YBrs. Cik Nur Hazwani Yakub selaku ketua program lawatan akademik tersebut.

Para mahasiswa telah diberi taklimat oleh YBrs.Encik Mohammad Reezal Ahmad, Timbalan Setiausaha Bahagian (Makroekonomi), Bahagian Fiskal dan Ekonomi, YBrs. Encik Afizal Kasa, Ketua Seksyen Belanjawan, Sektor Dasar dan Konsultasi Bajet, Pejabat Belanjawan Negara dan YBrs. Encik Abdul Aziz Halimi Abdullah, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Cukai (Pengurusan Pengetahuan), Bahagian Cukai Kementerian Kewangan Malaysia.

Sepanjang sesi lawatan tersebut, para mahasiswa kelihatan amat teruja kerana berpeluang hadir ke Kementerian Kewangan Malaysia dan semoga sesi sebegini dapat memberi manfaat serta pengalaman sebelum mereka menempuh alam pekerjaan.


Arkib Foto

Logo Accessibility