Kementerian Kewangan telah menerima lawatan akademik iaitu para mahasiswa Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti MAHSA, Selangor.
Lawatan telah diketuai oleh YBrs. Puan Mazlina Muhamad selaku pensyarah pengiring lawatan akademik tersebut.
Dalam sesi tersebut, sesi taklimat untuk para mahasiswa turut disampaikan oleh YBrs. Encik Ezleezan Othman, Timbalan Ketua Pasukan Belanjawan 2023.
Sepanjang sesi lawatan tersebut, para mahasiswa kelihatan amat teruja kerana berpeluang hadir ke MOF dan semoga sesi sebegini dapat memberi manfaat serta pengalaman sebelum mereka menempuh alam pekerjaan.