Kementerian Kewangan (MOF) telah menerima lawatan dari Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia yang melibatkan seramai 35 orang pelajar.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Ezleezan Othman, Ketua Seksyen Bahagian Cukai (Dasar & Pelaksanaan GST).
Sepanjang sesi lawatan tersebut, mereka kelihatan amat teruja kerana dapat menimba ilmu terutamanya ketika sesi soal jawab dijalankan. Mereka turut berkesempatan melawat sekitar bangunan MOF.