Kementerian Kewangan telah menerima lawatan akademik oleh Universiti Putra Malaysia Accounting Club (UPAC) yang melibatkan seramai 40 orang pelajar dan 2 orang pensyarah.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Puan Nur Hawidah Yusni, Penolong Pengarah Belanjawan Negara, Pejabat Belanjawan Negara. Sesi kuiz dan soal jawab turut diadakan sebelum sesi berakhir.
Sepanjang sesi lawatan tersebut, mereka kelihatan amat teruja kerana berpeluang hadir ke MoF.
#MalaysiaMADANI