Pilih bahasa anda
Kementerian Kewangan telah menerima lawatan akademik oleh pelajar-pelajar MAHSA University yang melibatkan seramai 69 orang dan 4 orang pensyarah pengiring.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohamad Hafizul Zainon daripada Bahagian Fiskal dan Ekonomi.
Sesi soal jawab dan kuiz turut diadakan sebelum program berakhir.
Sesi lawatan sebegini dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu secara langsung. Melalui taklimat dan sesi interaksi dengan pegawai MoF, kefahaman para pelajar terhadap konsep yang dipelajari secara teori dapat dipertingkatkan dengan lebih mendalam.