Kementerian Kewangan telah menerima lawatan akademik oleh Menara International College, Perak yang melibatkan seramai 40 orang pelajar dan 2 orang pensyarah pengiring.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Md Farishzan bin Ismail, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perolehan Kerajaan.
Sesi taklimat turut disusuli dengan sesi soal jawab di mana memberi ruang kepada para pelajar untuk memahami topik yang dibincangkan dengan lebih mendalam.
Sepanjang sesi lawatan tersebut, mereka kelihatan amat teruja kerana berpeluang hadir ke MoF.