Kementerian Kewangan (MOF) telah menerima lawatan akademik daripada Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak yang melibatkan seramai 18 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Kepujian Kewangan dan seorang pensyarah pengiring.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Afizal bin Kasa, Ketua Seksyen Belanjawan di Pejabat Belanjawan Negara dan Puan Intan Adlina binti Azlan, Penolong Setiausaha, Bahagian Fiskal dan Ekonomi. Turut hadir, Encik Zulhazri bin Abu Bakar, Pengarah Komunikasi, Unit Komunikasi Korporat.
Sesi soal jawab turut diadakan pada akhir program.
Sepanjang sesi lawatan tersebut, mereka kelihatan amat teruja kerana berpeluang hadir ke MOF. Semoga sesi sebegini dapat memberi manfaat dan pengalaman sebelum mereka menempuh alam pekerjaan.