Kementerian Kewangan (MOF) telah menerima lawatan akademik daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Johor yang melibatkan seramai 71 orang pelajar Tingkatan 6 dan lapan orang guru pengiring.
Sesi taklimat berkenaan sistem percukaian telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Fadzlee Malik, Timbalan Ketua Unit (MyCT), Bahagian Cukai manakala taklimat ekonomi negara disampaikan oleh YBrs. Encik Mattias Murphy Lai, Penolong Setiausaha, Bahagian Fiskal dan Ekonomi.
Sesi kuiz dan soal jawab turut diadakan sebelum program berakhir.
Sepanjang sesi lawatan tersebut, mereka kelihatan amat teruja kerana berpeluang hadir ke MOF.