Kementerian Kewangan (MOF) telah menerima lawatan akademik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak yang melibatkan seramai 33 orang pelajar Sarjana Muda Pengurusan Hartanah dan dua orang pensyarah pengiring.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Ezleezan Othman, Ketua Seksyen Bahagian Cukai (Cukai Langsung), Bahagian Cukai.
Sesi soal jawab turut diadakan sebelum program berakhir.
Sepanjang sesi lawatan tersebut, mereka kelihatan amat teruja kerana berpeluang hadir ke MOF.