YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama anak-anak muda dari United Kingdom & Eire Council for Malaysian Student (UKEC) di Malaysia Hall sempena lawatan kerja rasmi beliau di London.

Turun hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Tinggi, Pengarah Education Malaysia dan Pengarah Pendidikan MARA.
![]() |
![]() |
Selepas selesai sesi taklimat ringkas, beliau juga berkesempatan menjawab pelbagai soalan pelajar-pelajar tersebut, contohnya berkenaan bidang ekonomi, usaha pendigitalan serta mata wang digital bank pusat dan lain-lain.
![]() |
![]() |
Sebagai salah seorang pengasas UKEC, beliau amat berbangga dengan pencapaian mereka. UKEC kini telah menjadi sebuah organisasi penting untuk para pelajar Malaysia. Harapan beliau agar mereka akan kembali ke tanah air satu hari nanti dan berkhidmat untuk negara.
