Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Lawatan Ke Astaka Arab Saudi Di Expo 2020 Dubai

Sesi Lawatan Ke Astaka Arab Saudi Di Expo 2020 Dubai

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan ke Astaka Arab Saudi di Expo 2020 Dubai dan bagi beliau, astaka tersebut amat menarik dan luar biasa. Dari pemandangan luar, astaka tersebut kelihatan seperti sebuah kapal angkasa dan selangkah ke dalam, seperti kembali ke zaman silam.

Pengunjung turut disajikan dengan penceritaan konsep ‘a walk through time’ mengenai sejarah mereka, landskap semula jadi, budaya dan aspirasi masa hadapan.

Bagi beliau yang tidak begitu arif dengan sejarah Arab Saudi, astaka tersebut adalah tempat terbaik untuk mendapatkan pengetahuan asas mengenai identiti mereka. Pastinya astaka tersebut adalah salah satu ‘must visit pavilion’ bagi mereka yang hadir ke Expo 2020 Dubai.

Sebagai rakan perdagangan rapat Malaysia, beliau amat berharap Arab Saudi dapat merealisasikan segala aspirasi mereka.

Arkib Foto

Logo Accessibility