YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan telah mengadakan lawatan kerja dan perjumpaan bersama pegawai-pegawai di Bahagian Antarabangsa.

Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Setiausaha Bahagian.

Antara intipati taklimat adalah merangkumi peranan Bahagian Antarabangsa dalam menyuarakan pendirian Malaysia di peringkat antarabangsa seperti ASEAN, APEC dan Bank-bank Pembangunan Multilateral, di samping perancangan program antarabangsa bagi tahun 2026.

YB Liew Chin Tong juga telah mengutarakan kepentingan koordinasi strategik oleh Kementerian Kewangan di peringkat global, terutamanya dalam mendepani cabaran geopolitik semasa dan memperkasa kerjasama antarabangsa.