Select your language
YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan telah mengadakan sesi lawatan ke Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun (SBM).

Bahagian ini memantau dan mengurus 131 Badan Berkanun Persekutuan, 16 Badan Berkanun Negeri dan 14 Badan Berkanun Kementerian Kewangan. SBM juga berperanan besar dalam memastikan badan berkanun mengamalkan tadbir urus kewangan yang baik.

Sesi taklimat telah diketuai oleh YBrs. Puan Siti Fatimah Husin, Setiausaha Bahagian.

Semasa sesi perjumpaan, beliau juga berkesempatan meminta para pegawai untuk meneliti badan-badan berkanun ini supaya fungsi dan peranan mereka sejajar dengan perubahan persekitaran, peredaran masa dan kemajuan teknologi.
