Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Lawatan Ke BKSK

Sesi Lawatan Ke BKSK

YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan telah mengadakan sesi lawatan ke Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK) dan disambut mesra oleh YBrs. Puan Nor Azizati Hamzah, Setiausaha Bahagian bersama warga bahagian.

Dalam sesi tersebut, beliau menekankan kepentingan digitalisasi dan transformasi digital di peringkat kementerian bagi mendekatkan perkhidmatan kerajaan dengan rakyat agar lebih mudah diakses, cekap, dan responsif.

Sehubungan itu, peranan Seksyen Koordinasi Khas sebagai titik tumpuan penyelarasan pendigitalan dan perkongsian data antara agensi amat penting dalam memastikan inisiatif digital selari dengan keutamaan kerajaan serta meningkatkan kecekapan dan ketelusan penyampaian perkhidmatan.

Selain itu, beliau turut dimaklumkan bahawa BKSK melalui Seksyen Penerafan Tadbir Urus bertanggungjawab menyelaraskan inisiatif seperti Kiosk Sentuhan MADANI dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk memudahkan rakyat bagi berurusan dengan perkhidmatan kerajaan.

Secara keseluruhan, lawatan ini memperlihatkan peranan penting BKSK dalam memacu pembaharuan pentadbiran kewangan dan pendigitalan perkhidmatan kerajaan.

Arkib Foto

Logo Accessibility