Select your language
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah mengadakan lawatan tinjauan Kampung Angkat MADANI Pulau Tuba dan Selat di Langkawi, Kedah.
Pada tahun 2024, Kementerian Kewangan telah memperuntukkan RM2.5 juta yang dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melibatkan 13 projek pembangunan infrastruktur dan ekonomi komuniti, yang siap sepenuhnya pada tahun lepas.
Bagi memastikan manfaat berterusan kepada penduduk, LADA turut menambah 50 tiang lampu solar baharu bagi melengkapkan 112 lampu sedia ada serta menaik taraf sistem telaga tiub Masjid Al-Wafa untuk menjamin bekalan air bersih dan berkualiti, khususnya ketika musim kemarau.
Dalam sesi lawatan tersebut, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah telah menyempurnakan sumbangan van jenazah oleh Tenaga Nasional Berhad menerusi program CSR, projek naik taraf tandas Masjid Al-Wafa oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri serta sumbangan Ramadan kepada Maahad Tahfiz Darul Ulum, Pulau Tuba oleh LADA.
Dari sudut pemerkasaan ekonomi, komuniti melalui Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba dan Selat Berhad (KOPTUBAS) telah memperkenalkan produk pelancongan baharu seperti kiosk makanan Bestuba Lagoon, sewaan kereta elektrik klasik dan perkhidmatan feri berhawa dingin. Kerjasama dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia serta naik taraf Jeti Bagan Pauh oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia turut menyokong pertumbuhan ekonomi setempat.
Hasil daripada usaha ini, penduduk Kampung Pulau Tuba kini dapat merasa limpahan kemakmuran melalui peningkatan pelancong yang ketara ke pulau itu sehingga 14,000 orang sebulan berbanding 2,000 ke 3,000 pengunjung sebelum ini.
Kementerian Kewangan komited melaksanakan dasar nasional secara bersepadu di peringkat akar umbi agar pembangunan yang dirancang benar-benar memberi impak positif terhadap kesejahteraan dan sosio-ekonomi r