YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan lawatan ke Masdar City, Abu Dhabi U.A.E untuk melihat bagaimana bandar tersebut mengungguli kelestarian menerusi penggunaan teknologi dan perancangan bandar yang tersusun. Sebagai antara bandar lestari terkemuka di dunia, Masdar City juga menempatkan beberapa syarikat antarabangsa seperti Siemens dan Honeywell.

Semasa pertemuan bersama Pegawai Eksekutif Masdar, Mohamed Jameel Al Ramahi, mereka turut telah berbincang mengenai kaedah terbaik dalam membangun sebuah ekosistem lestari dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar.
![]() |
![]() |
Malaysia amat mementingkan kelestarian dalam pelbagai aspek kerana ini adalah jalan terbaik dalam memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia untuk jangka masa panjang. Di bawah Bajet 2022, Kerajaan telah menerapkan inisiatif berasaskan SDG seperti RM1 bilion untuk peralihan perniagaan kepada amalan lestari dan rendah karbon, pengecualian cukai penuh bagi pembelian kereta penumpang elektrik, dan pelbagai inisiatif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
