Seramai 40 orang pelajar tingkatan 5 beserta 4 orang guru pengiring Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi, Pontian telah mengadakan lawatan ke bangunan Parlimen dan telah bertemu dengan YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I.

YB Datuk Seri Ahmad Maslan turut berkesempatan beramah mesra dan menyampaikan ucapan ringkas buat para pelajar.

Mereka juga diberi peluang seketika untuk mengikuti sidang Dewan Rakyat secara langsung.
