Select your language
Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) telah menerima kunjungan lawatan oleh YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan.
Lawatan ini bertujuan memperkenalkan peranan, fungsi dan operasi PKCP dalam sistem percukaian negara. 
Ketibaan beliau telah disambut oleh YBhg. Dato’ Iskandar Ali Dewa, Pengerusi PKCP bersama warga kerja PKCP.
Sepanjang lawatan, YB Liew Chin Tong telah dibawa melawat sekitar pejabat dan mahkamah PKCP dan diberikan taklimat berkaitan latar belakang penubuhan, fungsi utama, isu-isu dan perkembangan semasa serta perjalanan prosiding perbicaraan yang dikendalikan oleh PKCP. 
Lawatan ini sekali gus dapat menjadi asas kepada kerjasama berterusan antara PKCP dan Kementerian Kewangan dalam memastikan tadbir urus dan kelancaran sistem percukaian negara yang adil dan saksama.