Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Lawatan ke Perkampungan Orang Asli Limbungan, Tasik Bera, Pahang

Sesi Lawatan ke Perkampungan Orang Asli Limbungan, Tasik Bera, Pahang

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah ber YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan lawatan ke Perkampungan Orang Asli Limbungan, iaitu salah satu perkampungan kaum Semelai di kawasan Ramsar Tasek Bera, Pahang untuk sesi jelajah #Bajet2022 Negeri Pahang.

Tujuan lawatan tersebut bukan sahaja untuk mendapatkan input bagi kepentingan memelihara ekosistem flora dan fauna Tasek Bera terhadap komuniti Orang Asli tempatan malah juga untuk mendapatkan maklum balas mengenai keperluan mereka bagi memastikan kelangsungan hidup. ⠀

Selain itu, #TeamMOF juga telah menyumbang sebanyak 24 telefon pintar untuk anak-anak Orang Asli bagi memudahkan sesi pembelajaran dalam talian. Walaupun sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi, beliau berharap agar kemudahan sebegini akan membantu mereka untuk membuat ulang kaji sambil memahirkan diri dengan teknologi semasa. ⠀

Bagi beliau, pelbagai pihak harus bekerjasama untuk merealisasikan Tasek Bera sebagai sebuah tapak pelancongan eko terkemuka di Pahang, bukan sahaja pihak berkuasa malah penduduk tempatan dan pelancong yang harus menjaga dan menghormati khazanah alam ini. Dengan kerjasama sebegini, pembangunan ini pasti akan memberi impak positif langsung yang berpanjangan kepada penduduk tempatan dan komuniti Orang Asli Tasek Bera. #TeamMOF akan meneliti sepenuhnya cadangan dan pandangan yang diajukan demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility