Pilih bahasa anda
Unit Komunikasi Korporat (UKK), Kementerian Kewangan (MoF) telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, bersama wakil UKK daripada jabatan dan agensi di bawah MoF.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan pengurusan krisis komunikasi, termasuk pendekatan strategik dalam menangani isu berprofil tinggi serta pengurusan persepsi awam.
![]() |
![]() |
Sesi turut disusuli dengan dialog interaktif yang membuka ruang perkongsian pandangan dan amalan terbaik.

Sesi turut disusuli dengan dialog interaktif yang membuka ruang perkongsian pandangan dan amalan terbaik.
Peserta juga berpeluang melawat konti radio MACCfm serta memahami peranan penyiaran dalam menyampaikan mesej integriti kepada masyarakat.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen MoF dalam memperkukuh komunikasi strategik serta menyokong usaha pembudayaan integriti dan pencegahan rasuah.