Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Lawatan Ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Sesi Lawatan Ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Unit Komunikasi Korporat (UKK), Kementerian Kewangan (MoF) telah mengadakan satu lawatan bermaklumat ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Cyberjaya. Sesi ini turut disertai oleh wakil-wakil UKK daripada jabatan dan agensi di bawah MoF.

Dalam sesi ini, para peserta berpeluang mendalami pelbagai aspek berkaitan komunikasi dan keselamatan digital melalui taklimat yang disampaikan oleh pegawai-pegawai MCMC. Antara topik yang dikongsikan adalah:

  • Keselamatan Rangkaian dan Peranan MCMC Dalam Menangani Jenayah Penipuan Dalam Talian
  • Peranan MCMC Dalam Pengawalseliaan Kandungan Internet
  • Strategi Komunikasi Korporat dan Pengurusan Reputasi MCMC

Sesi taklimat turut disusuli dengan sesi soal jawab, memberi ruang kepada peserta bertukar pandangan serta mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu-isu semasa.

Lawatan ini bertujuan memperkukuh komunikasi strategik MoF, selain meningkatkan pemahaman mengenai peranan dan tanggungjawab MCMC khususnya dalam usaha memerangi penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Arkib Foto

Logo Accessibility