YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan , Menteri Kewangan Il telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Ketibaan beliau telah disambut oleh YBrs. Puan Yati Ahmad, Akauntan Negara dan dibawa melawat ke Anjung JANM iaitu galeri yang baru dilancarkan pada tahun ini.
Seterusnya, beliau dibawa ke Bahagian Akaun dan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat untuk beramah mesra dengan warga JANM. Sesi taklimat korporat JANM kepada Menteri Kewangan II disampaikan oleh Akauntan Negara.
Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Akauntan Negara (Operasi dan Korporat) iaitu YBrs. Puan Noorlida Mohd Khalid dan YBrs. Puan Zainani Jusoh.