YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit ll di Selangor.
Sebelum memulakan sesi lawatan, beliau telah diberi taklimat oleh pegawai kastam berkenaan laporan hasil mesin pengimbas cargo CT7 dan jumlah kes yang diperolehi.
Dalam masa yang sama, beliau juga menerima maklum balas beberapa isu dan permasalahan yang dihadapi.
Sebaik sahaja selesai sesi taklimat, beliau dibawa melawat ke Business Centre Westport untuk melihat sendiri prosedur import dan eksport dan meninjau keadaan di dalam bilik kawalan mesin pengimbas cargo CT7 bagi proses pelepasan kastam.
Terima kasih beliau ucapkan kepada pihak JKDM Zon Tengah Unit ll (Selangor) kerana sudi menerima lawatan beliau.