Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Lawatan Kerja Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

Sesi Lawatan Kerja Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama delegasi Kementerian Kewangan telah mengadakan lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Penang International Airport) bagi meninjau kemajuan pelan pembesaran serta pelaksanaan inisiatif Peningkatan Pengalaman Penumpang (Passenger Experience Improvements) bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dan YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan).

Lawatan ini merangkumi tinjauan terhadap pengurusan aliran trafik kenderaan di laluan utama, pemindahan Zon Pengambilan E-Hailing serta pelaksanaan teknologi geo-fencing bagi membantu mengurangkan kesesakan di kawasan kerbside.

Pengurusan aliran penumpang turut dipertingkat menerusi pemasangan e-Gate automatik di laluan Ketibaan dan Pelepasan Antarabangsa serta peningkatan kapasiti pusat pemeriksaan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) bagi mempercepat proses pemeriksaan dan memendekkan masa menunggu penumpang.

Kerajaan kekal komited memastikan projek peluasan dan penambahbaikan infrastruktur Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dilaksanakan dengan memberi keutamaan kepada aspek keselamatan, kecekapan, kelestarian dan keselesaan pengguna. Usaha ini penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi, memperkukuh kesalinghubungan serta merancakkan sektor pelancongan negara, di samping menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan selesa kepada pengguna.

Arkib Foto