Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Lawatan Kerja Ke Pulau Tioman, Pahang

Sesi Lawatan Kerja Ke Pulau Tioman, Pahang

Pulau Tioman mempunyai potensi besar sebagai destinasi pelancongan bernilai tinggi. Namun, pembangunan sektor ini perlu bergerak seiring dengan kesejahteraan komuniti setempat serta pemeliharaan khazanah alam.

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, mengadakan lawatan kerja ke Pulau Tioman bagi meninjau keperluan komuniti serta perkembangan sektor perniagaan dan pelancongan di pulau berkenaan.

Antara tumpuan ialah pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) MoF di Kampung Tekek, Kampung Juara dan Kampung Mukut, selain isu berkaitan jeti, pengangkutan, kemudahan awam, logistik bekalan, capaian digital, ruang niaga serta pembangunan bakat dalam sektor pelancongan.

Pembangunan Pulau Tioman perlu dipacu secara seimbang demi memperkukuh kesejahteraan komuniti, merancakkan ekonomi tempatan dan pada masa yang sama memastikan khazanah alamnya terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Arkib Foto