YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah diiringi oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan telah disambut mesra oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Langkawi untuk sesi lawatan kerja rasmi beliau di Pulau Langkawi, Kedah.

Turut bersama-sama beliau di Langkawi International Airport adalah Tuan Nasaruddin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tuan Maznan Harron, Ketua Kastam Daerah JKDM Langkawi, Tuan Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan & Pembangunan), Tuan Hj Ahmad Fuad Che Ani @ Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Tuan Sharudin Hassan, Pengurus Unit Pejabat Pengurusan Penghantaran, Encik Mohamad Zuhri Abd Rashid, Penolong Pengurus Kanan Pejabat Pengurusan Penghantaran, Encik Mohd Soffie Che Rose, Ketua Cawangan Pengurusan dan Pentadbiran JKDM Langkawi dan Puan Lina Azlina Ibrahim selaku Ketua Cawangan Layangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |