YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengiringi YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri sempena lawatan kerja rasmi ke Indonesia.
Lawatan kerja selama empat hari tersebut juga disertai oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negari, bersama delegasi kementerian-kementerian berkaitan.

Terdapat beberapa sesi perbincangan mengenai kerjasama antara kedua-dua negara akan berlangsung dan permeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang akan menyokong usaha pemulihan ekonomi negara dan menguatkan lagi ikatan ekonomi dan silaturahim antara Malaysia dan Indonesia.