Lawatan rasmi YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan ke Sabah merangkumi Program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah 2023 melalui Cawangan Bank Bergerak di Dewan Komuniti Kota Marudu serta lawatan tapak ke sekolah dan klinik daif sekitar Pitas dan Kota Belud.
Delegasi Kementerian Kewangan (MOF) disertai oleh YBhg. Dato’ Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara, pegawai MOF dan Perbendaharaan Malaysia Sabah turut menyantuni warga OKU dan autism di bawah seliaan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Daerah Tamparuli.