YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan hadir ke sesi lawatan Tun Razak Exchange City dan Tower 106 bagi mengikuti perkembangan pembangunan TRX City.
Beliau turut telah diberikan sesi taklimat berkenaan Model Projek TRX City oleh Dato’ Azmar Talib, Ketua Pegawai Eksekutif TRX City. Beliau amat kagum dengan visi mewujudkan satu bandar ESG dan SDG dan memfokuskan kepada 5 teras iaitu hub kewangan, rangkaian yang baik, kelestarian, keselamatan dan persekitaran binaan bertaraf dunia.
Dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2030, bandar tersebut mempunyai landskap yang menarik berpotensi besar dalam menampung populasi pada masa akan datang.
Beliau juga berkesempatan melawat ke Exchange 106 dan Menara Prudential untuk melihat keseluruhan landskap dengan lebih jelas.